Page 35 - PANDUAN MUDAH LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI_eBOOK
P. 35

Memupuk Perpaduan

                       Faedah yang diperoleh daripada menyertai aktiviti kokurikulum adalah memupuk perpaduan

                       antara pelajar. Pusat pengajian atau pemberi pendidikan merupakan  alma mater  dalam
                       membentuk penyatuan sesebuah komuniti khusus bagi golongan orang-orang muda. Justeru,

                       aktiviti kokurikulum akan melibatkan penyertaan  daripada pelajar  yang  terdiri daripada
                       pelbagai  latar belakang  kaum, bangsa dan agama. Sebagai  contoh, aktiviti bersukan

                       memerlukan persefahaman antara satu pasukan bagi mendapatkan kemenangan dalam
                       pertandingan. Di sini, pelajar akan mempelajari cara untuk berkomunikasi antara satu sama

                       lain serta  memahami nilai seperti bertolak ansur dan menghormati rakan-rakan mereka.
                       Dengan ini, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan dan kehidupan yang harmoni dan

                       bertoleransi dapat dilahirkan. Kesannya, penglibatan pelajar dalam  kegiatan kokurikulum
                       mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam diri generasi

                       muda ini.
















































                                                                                                       29
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40