Page 2 - BUKU PROGRAM e-SHOWCASE PBL-TM FUTURE SKILLS
P. 2

pengenalan



         Program PBL-TM Future Skills

         Perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)  menuntut transformasi
         dalam peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta
         mengayakan hasil pembelajaran murid melalui sains dan teknologi.
         Dalam konteks ini, pendekatan  Project Based Learning (PBL) dan
         penggunaan peralatan digital  (digital tools)  berupaya meningkatkan
         kemahiran dan kompetensi digital ke arah penghasilan inovasi.
         Bagi memantapkan pendidikan digital, pihak sekolah telah mengambil
         inisiatif untuk melaksanakan Program PBL-TM Future Skills.
         Melalui program ini, murid dapat dilengkapi kemahiran masa depan
         (future skills)  dan kompetensi global  (global competencies) melalui
         pembelajaran  bermakna  (deep  learning).  Program  ini  juga  dapat
         meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi digital yang kalis
         masa depan  (future-proof)  serta meningkatkan  minat  terhadap  sains
         dan teknologi secara berterusan. Program PBL-TM Future Skills
         mampu menjadi pemangkin untuk merealisasikan hasrat Kementerian
         Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memantapkan pendidikan
         melalui teknologi terkini seiring dengan perkembangan IR4.0.
         e-Showcase PBL-TM Future Skills

         Ekoran penutupan sekolah yang disebabkan oleh pandemik
         COVID-19, sebahagian besar latihan dan aktiviti pembelajaran murid
         dalam PBL-TM Future Skills telah dilaksanakan secara maya melalui
         platform digital. Atas usaha dan komitmen semua pihak yang terlibat,
         e-Showcase PBL-TM Future Skills berjaya diadakan bagi
         mempersembahkan hasil pembelajaran dan produk inovasi murid.
         Adalah  diharapkan  pelaksanaan  e-showcase  ini  dapat  dijadikan
         platform pencetus  idea  dalam  usaha  memantapkan  pembelajaran
         digital (digital learning) dalam kalangan warga pendidik.





                                                                             2


                                WWW . SJK CTSUNJIN.EDU .MY
   1   2   3   4   5