Page 8 - peristiwa ke arah kemerdekaan negara malaysia
P. 8
Pilihan raya umum pertama (1955)
Setelah British memberi peluang kepada para pemimpin tempatan mentadbir negara
di bawah sistem ahli, British kemudiannya melihat kemungkinan untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu setelah melihat keupayaan pemimpin tempatan
juga mampu memerintah negara ini. Hasilnya, segala syarat ke arah berkerajaan
sendiri dan merdeka, satu pilihan raya umum bagi memilih wakil-wakil rakyat ke
parlimen yang dikenali sebagai Majlis Perundangan Pesekuuan telah diadakan pada
tahun 1955. Buat pertama kalinya dalam sejarah orang-oarang Melayu dan golongan
imigran Cina dan India dapat bersatu di bawah satu panji perjuangan iaitu Parti
Perikatan. Parti Perikatan telah memenagi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya
tersebut manakala PAS telah memenangi 1 kerusi di Parlimen Kerian di Perak.
Kemenagan besar Parti Perikatan telah meyakinkan lagi kemampuan tempatan
berbilang bangsa untuk hidup dalam sebuah negara yang majmuk. Hasilnya, Tunku
Abdul Rahman telah dilantik sebagai ketua menteri.

