Page 140 - Buku Pengurusan KVDSMZ 2021
P. 140
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
SOP PENGURUSAN BUKU REKOD KEHADIRAN (BRK) & SURAT AMARAN BAGI PELAJAR
1. Pensyarah Pembimbing Kelas (PPK) pastikan pelajar yang tidak hadir memberikan Surat Akaun /Sijil Sakit dari pihak hospital/klinik atau Surat
Makluman dari ibu bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah.
2. Hubungi ibu bapa jika tiada surat berkenaan.
Prosedur penandaan Buku Rekod Kehadiran (BRK) :
1. BRK mestilah sentiasa berada di pejabat kolej.
2. Kedatangan pelajar mesti ditanda oleh PPK atau pensyarah yang mengajar masa pertama pada tiap-tiap hari persekolahan.
3. Sekiranya PPK tidak hadir ianya mestilah ditanda oleh pensyarah penyelaras tahun.
4. Tandakan :
a. “ / “ bagi pelajar yang hadir
b. “ 0 “ bagi pelajar yang tidak hadir
c. di dalam 0 tandakan “ L “ datang lewat; “ S ” sakit atau ada surat/kenyataan dari penjaga; “ W ” mewakili kolej ke pertandingan/aktiviti (dikira hadir)
BERTURUT-TURUT TIDAK BERTURUT-TURUT
1. SURAT AMARAN 1 (Hijau) – tidak hadir 3 hari 1. SURAT AMARAN 1 (Hijau) – tidak hadir 10 hari
2. SURAT AMARAN 2 (Biru) – tidak hadir 7 hari selepas Amaran 1 2. SURAT AMARAN 2 (Biru) – tidak hadir 10 hari selepas Amaran 1
3. SURAT AMARAN TERAKHIR (Merah) – tidak hadir 7 hari selepas 3. SURAT AMARAN TERAKHIR (Merah) – tidak hadir 20 hari selepas
Amaran 2 Amaran 2
4. SURAT BUANG KOLEJ (Kuning) – 14 hari selepas Amaran Terakhir 4. SURAT BUANG KOLEJ (Kuning) – 20 hari selepas Amaran Terakhir
131

