Page 26 - PENJANAAN ELEKTRIK
P. 26
Bekalan Elektrik dan Sistem
Pendawaian di Rumah
Nilai voltan sesalur (utama) yang disalurkan ke
rumah kita daripada pencawang bahagian adalah
240V.
Alat-alat elektrik seperti peti sejuk, kipas angin,
televisyen, komputer dan mesin basuh
menggunakan voltan sebesar 240 V.
Arus ulang alik dibekalkan ke rumah biasanya 50
Hz, ia menukarkan arahnya sebanyak 50 kali pada
setiap saat.
Arus elektrik disalurkan ke rumah melalui kabel yang
terdiri daripada dua jenis dawai, iaitu:
a) Dawai hidup – membawa arus ke rumah dari
pencawang.
b) Dawai neutral – mengembalikan arus ke pencawang.

