Page 82 - BPS 2020 FINAL untuk cetakan
P. 82
10.0 KETETAPAN SEKOLAH
BIL SENARAI TUGAS
1 WAKTU DATANG KE SEKOLAH
1. Digalakkan datang lebih awal selewat-lewatnya 15 minit sebelum PERHIMPUNAN PAGI iaitu 7.30 pagi
2. Kalau lewat, mohon kebenaran pengetua dahulu, kemudian berjumpa Pengetua / Penolong Kanan
Pentadbiran
3. Beri sebab lewat untuk dicatat.
4. Guru perlu mengetip sendiri kad perakam waktu semasa hadir dan pulang.
5. Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi
di sekolah atau di luar sekolah.
2 GURU BERTUGAS
1. Datang 20 minit lebih awal.
2. Berada di pintu pagar utama, pintu pagar sisi dan tapak perhimpunan
3. Mengawal keadaan.
4. Mengambil tindakan sewajarnya.
5. Membuat laporan bertulis untuk minit perhimpunan dan laporan harian.
6. Menguruskan perhimpunan.
7. Berada di pintu pagar semasa pelajar balik.
3 TIDAK HADIR BERTUGAS
1. Sila maklumkan kepada Pengetua / PKP/ jika tidak hadir pada hari berkenaan sebelum 7.20 pagi
2. Serahkan surat cuti sakit (MC) kepada pengetua pada hari berikutnya.
3. Kalau MC swasta lebih dari dua hari, sila dapatkan pengesahan daripada doktor kerajaan.
4 CUTI REHAT KHAS
1. Layak memohon sahaja tetapi bukan hak mutlak.
2. Kelulusan atas budi bicara Pengetua.
3. Mesti dipohon daripada Pengetua dengan berjumpa secara peribadi.
4. Isi borang apabila dibenarkan oleh Pengetua.
5. Pertimbangan meluluskan cuti berdasarkan kepada
a. Sepuluh (10) perkara yang disenaraikan dalam pekeliling perkhidmatan.
b. Dengan syarat tidak menjejaskan perjalanan sekolah.
6. Pengambilan cuti rehat menjejaskan perkiraan ganjaran pencen.
7. Permohonan cuti rehat hendaklah dibuat 7 hari lebih awal kecuali kes-kes kecemasan. Bagi kes
kecemasan, telefon pengetua untuk memohon kebenaran supaya sekolah boleh menguruskan
jadual ganti.Jumlah keseluruhan cuti rehat yang dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan pemberian
wang tunai Gantian cuti rehat hendaklah tidak melebihi 150 hari. Formula kiraan adalah seperti di
perenggan 7 dan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 /2003.
5 CUTI TANPA REKOD
1. Berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran
2. Dapatkan borang daripada Pembantu Tadbir
3. Sertakan bersama surat atau dokumen berkaitan.
4. Permohonan sama ada disokong / tidak bergantung kepada budi bicara pengetua.
Borang permohonan akan dipanjangkan ke JPN untuk kelulusan.
5. Tunggu surat kelulusan sebelum cuti.
6 CUTI BERSALIN
1. Cuti hanya dibenarkan untuk lima kali kelahiran dalam perkhidmatan.
2. Kelahiran keenam dan seterusnya adalah melalui Cuti Tanpa Gaji.
3. Jumlah cuti bersalin hanya 60 hari / 90 hari bagi setiap kelahiran.
4. Kalau isteri bersalin, secara automatik suami mendapat cuti 7 hari mulai tarikh isteri bersalin.
5. Untuk membolehkan sekolah memohon guru ganti, minta suami atau waris hantar surat
BPS 2020 | 82

