Page 17 - BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM
P. 17

SATU RASA PELBAGAI BUDAYA



                                              Negara Malaysia diberi nama,

                                              Berbilang bangsa hidup bersama,

                                              Perpaduan rakyat amat utama,
                                              Agar keamanan berkekalan lama.




                                              Pelbagai bangsa pelbagai amalan,

                                              Adat yang baik perlu berkekalan,
                                              Pegangan agama jadi bekalan,

                                              Agar hidup tiada sesalan.



                                              Rumah terbuka tamu diundang,

                                              Aneka juadah sedia dihidang,

                                              Tose, kuih bulan dan juga rendang,
                                              Rakyat seronok untuk bertandang.




                                              Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
                                              Dirai bersama setiap raya,

                                              Hidup beradat saling percaya,

                                              Rakyat bersatu negara berjaya.





                                                                                                                                   15
   12   13   14   15   16   17   18