Page 2 - Buku Program Sekolahku SEJAHTERA
P. 2
Pengenalan
Konsep Sekolahku SEJAHTERA telah dilancarkan dan
diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi bin Jidin
pada 21 Februari 2022. Konsep ini memberi penekanan terhadap
nilai murni secara semulajadi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ianya wajar diaplikasi dalam kalangan murid dan
seluruh warga sekolah ke arah pembentukan budaya amalan
baik secara berterusan.
Matlamat Program
Membentuk budaya amalan baik di sekolah menerusi 14 elemen
yang terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA
Objektif Program
Memastikan murid dan warga sekolah mengetahui dan
memahami konsep Sekolahku SEJAHTERA menerusi
penerapan 14 elemen Sekolah SEJAHTERA
Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa,
menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai
prestasi diri
Membolehkan murid meneroka pelbagai cabang ilmu, idea
dan penemuan baharu, sentiasa berfikiran kreatif dan
inovatif dalam menyelesaikan masalah
Mewujudkan semangat mencintai persekitaran sekolah
yang bersih, ceria dan berinformasi

