Page 181 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 181

9.0  SIGNIFIKAN INOVASI


       Konsep pembelajaran tanpa sempadan yang diperkenalkan semasa tempoh PKP dan seiringan dengan
       peningkatan pembangunan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) pada masa kini
       sekurang-kurangnya dapat memberi impak yang besar ke atas kesan Pengajaran dan Pemudahcaraan
       (PdPc) juga Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR).  Corak pembelajaran yang diperkenalkan
       adalah untuk memudahkan semua pihak yang terlibat dan sekaligus membantu meningkatkan kefahaman
       murid terhadap pembelajaran yang disampaikan.


              Penggunaan ICT terutama kaedah pembelajaran dalam talian ini dilaksanakan atas dasar pelajar-
      pelajar sudah terdedah dengan aplikasi media sosial, penggunaan telefon bimbit, komputer peribadi.




                                 10.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


       Laman Pembelajaran Dan Pentaksiran Secara Akses Kendiri Dalam Talian
       (Pembelajaran Tanpa Sempadan) ini boleh digunakan oleh semua pelajar Tingkatan Enam seluruh
       Malaysia.  Inovasi ini juga boleh diperluaskan kepada semua guru tingkatan enam/ pra-universiti.  Walau
       bagaimanapun Google Classroom hanya boleh diakses oleh pelajar kelas yang berdaftar sahaja.


        Oleh itu, dicadangkan penggunaan Google Data Studio bagi menggalakkan pelajar-pelajar lain yang
       mengambil subjek pengajian perniagaan untuk membuat latihan dalam  google form dan mereka boleh
       mendapat markah individu secara automatik menerusi paparan dalam Google Data Studio yang di
       bangunkan dalam
      Google Sites Pengajian Perniagaan Cikgu Azlina KTETF.


        Pelajar-pelajar daripada seluruh Malaysia juga boleh mengakses nota dan latihan melalui Google Sites
       Pengajian Perniagaan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah.  Di samping itu, aplikasi quizziz juga boleh
       digunakan oleh pelajar untuk membuat latihan dan seterusnya memperoleh markah secara automatik.


       Lampiran

























                                                           181
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186