Page 227 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 227

KELEBIHAN INOVASI

                Secara khususnya inovasi SMART BUILDING STRUCTURE amat sesuai digunakan
                sebagai alat bantu mengajar dalam teknologi pembinaan mahupun Kejuruteraan awam.

                Antara kelebihannya adalah seperti berikut:

                a. Sebuah alat bantu mengajar 2 dalam 1 yang dapat membantu pelajar untuk  menentukan
                kedudukan struktur bangunan yang tersembunyi dan menulis istilah struktur bangunan

                dengan betul dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

                (mendapat  min  aras  tinggi  iaitu 4.86)


                b. Ciri-ciri  Hands  On  Activity,  PAK  21,  Pembelajaran  Berasaskan  STEM,  Pembelajaran

                   Kooperatif dan menerapkan elemen Visual, Auditori dan Kinestatik (VAK). Elemen-elemen
                   yang  diketengahkan  memperkukuh  dan  memperkayakan  pengetahuan  pelajar  semasa

                   mengikuti  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  di  dalam  kelas  atau  semasa  pembelajaran
                   kendiri


                c.  Merangkumi semua konsep asas dalam struktur bangunan dan memberi pemahaman yang
                   menyeluruh kepada pelajar.


                d. Penggunaan bahan-bahan berkos rendah dan mudah untuk dihasilkan.


                e. Mempunyai  elemen  pembelajaran  kendiri,  Iaitu  produk  ini  juga  dilengkapi  QR  kod  untuk
                   melihat video cara penggunaan SMART BUILDING STRUCTURE sendiri oleh pelajar.


                f.  Memudahkan pensyarah teknologi pembinaan untuk mengajar struktur bangunan seterusnya
                   memberi pemahaman yang jelas kepada pelajar sebelum mereka mengajar tajuk seterusnya
                   dengan mudah.


                g. SMART BUILDING STRUCTURE telah didaftarkan sebagai karya Hak Cipta


                           ©
                (Copyright, ) pada 11/01/2020 di Perbadanan Harta Intelek Cawangan Melaka dengan

                nombor permohonan LY2021000063.














                                                           227
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232