Page 69 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 69

INOVASI DI INSPIRASI MISI DI REALISASI DALAM PROGRAM
                                      CELIK BIJAK DARAB BERSAMA iGS




                                 Alhamdullilah  inovasi  yang  dihasilkan  ini  mendapat  sokongan

                   daripada semua pihak khususnya para pentadbir SK Batu Berendam, Melaka. Pn

                   Junalis binti Mahmod, guru besar SK Batu Berendam merupakan penyokong kuat


                   kepada projek inovasi yang diilhamkan oleh pasukan kami. Hal ini menyebabkan


                   pasukan  kami  merasa  lebih  bersemangat dan bermotivasi  untuk melaksanakan

                   dan menjayakan projek ini.



                                 Perancangan yang teratur dan teliti telah disusun dimana inovasi My


                   iGS Kit akan digunakan dalam aktiviti minggu panitia untuk semua murid tahun 2

                   bertempat di Dewan Ilmu dalam program Celik Bijak Darab. Inovasi My iGS Kit juga

                   akan  dijadikan  sebagai  alat  bantu  mengajar  guru  pemulihan  khas  bagi


                   melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas. Bagi kelas

                   aliran perdana inovasi My iGS Kit boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar dan


                   juga alat untuk aktiviti pengayaan serta pemulihan mengikut tahap dan kecerdasan

                   murid. Selain daripada itu inovasi My iGS Kit sesuai dilaksanakan secara kendiri di


                   rumah  kerana  terdapat  aktiviti-aktiviti  yang  sangat  menyeronokkan  murid-murid


                   yang boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan.






















                                                              69
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74