Page 4 - BUKU PENGURUSAN SKKD
P. 4

Buku Pengurusan Sekolah 2020







               SEJARAH SEKOLAH
                                                            2


                      Sekolah Kebangsaan Kuala Dura, Jalan Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, 21700
               Kuala Berang, berada di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Hulu Terengganu. Terletak
               lebih kurang 12 kilometer dari Pekan Kuala Berang dan mengambil masa 15 minit
               perjalanan.Sekolah ini telah beroperasi selama hampir 64 tahun bermula dari tahun 1951.
                      Bermula dengan nama Sekolah Rakyat Kampung Berching telah dibuka dengan
               rasminya pada tanggal 27 oktober 1951oleh Tuan Pegawai Daerah Hulu Terengganu iaitu
               Dato’ Embong bin Dato’ Jaya. Kampung Berching adalah sebuah kampung yang jauh di
               pedalaman  Hulu Terengganu. Untuk ke sekolah ini dari pekan terdekat iaitu Kuala Berang,
               terpaksa mengambil masa kira-kira dua hari perjalanan dengan menaiki sampan yang
               merupakan satu-satunya cara perhubungan pada masa itu.

                      Sekolah Rakyat Kampung Berching bermula dengan 34 orang murid dewasa yang
               datang dari kampung-kampung persekitarannya seperti Kampung Berching sendiri,
               Kampung Lubuk Awang, Kelitok, Melor, Chumat dan Kampung Petang. Mereka mengikuti
               kelas yang dikenali dengan nama Kelas Dewasa ketika itu dan diasaskan oleh seorang guru
               yang bernama Abdullah bin Isa.

                      Perhubungan yang amat sukar ketika itu menyebabkan kerajaan telah mengambil
               langkah menyusun semula masyarakat di sini. Pada bulan Disember 1959, semua penduduk
               Kampung Berching dan kampong-kampung sekitarnya telah dipindahkan ke sebuah
               kawasan perkampungan yang lebih tersusun yang dipanggil Kampung Kuala Dura yang
               terletak kira-kira 12 kilometer  dari pekan Kuala Berang. Setelah siap sepenuhnya
               pembinaan Empangan Kenyir ( Stesen Janakuasa Sultan Mahmud ) pada tahun1984, kini
               tapak asal Sekolah Rakyat Kampung Berching telah ditenggelami air.

                      Pada 1.12.1959, semua murid dari kampung Sekolah Rakyat Kampung Berching telah
               dipindahkan ke sebuah bangunan baru mempunyai 2 bilik darjah dalam kawasan seluas
               lebih kurang 4 ekar yang terletak di Kampung Kuala Dura, dengan nama baru “Sekolah
               Umum Kuala Dura”. Sekolah ini sekali lagi memulakan kelasnya dengan bilangan murid
               seramai 35 orang dan 2 orang guru.

                      Pada tahun 1965, sebatang jalanraya telah dibina untuk menghubungkan Kampung
               Kuala Dura dengan sebuah kampung berhampiran iaitu Kampung Kuala Pueh. Bermula
               dari sini, ramai penduduk dari kampung-kampung sekitarnya seperti Kampung Berkoh,
               Kampung Dusun dan Kampung Pasir Nering menuju ke Kampung Kuala Dura menjadikan
               Sekolah Kuala Dura bertambah bilangan muridnya.

                      Kini Sekolah Kebangsaan Kuala Dura telah banyak berlaku perubahan terutamanya
               dari segi fizikal dan pencapaian murid samada dalam bidang kurikulum dan juga
               kokurikulum.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9