Page 11 - BUKU PANDUAN PSNZ (web).indd
P. 11
5.0 KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
5.1 PERATURAN AM KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
Keahlian bagi pelajar UMT ( peringkat Diploma, Ijazah
dan Ijazah Lanjutan ) adalah secara automatik apabila
mereka mandaftar sebagai pelajar Universiti Malaysia
Terangganu.
Pelajar akan diminta mengisi borang permohonan
keahlian perpustakaan semasa mendaftar sebagai pelajar
baru dan menyerahkan kepada pihak perpustakaan untuk
tujuan sokongan rekod keahlian.
Bagi keahlian Pegawai Akademik, Pegawai Pengurusan
dan Profesional dan Pegawai Sokongan perlu mendaftar
dengan mengisi borang permohonan keahlian
perpustakaan yang boleh didapati di kaunter utama
perpustakaan.
5.2 KATEGORI KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
BIL KATEGORI KEAHLIAN
1 Pelajar Diploma / Ijazah
2 Pelajar Siswazah
• Ijazah Lanjutan ( Masters )
• Ijazah Kedoktoran ( Phd )
3 Pegawai Pengurusan Tertinggi
4 Pegawai Akademik
Termasuk :-
• Tutor
• Pegawai sementara
• Felo Akademik
• Dan lain-lain jawatan berkenaan
5 Pegawai Pengurusan dan Profesional
Termasuk :-
• Pegawai sementara ( sambilan, kontrak )
• Dan lain-lain jawatan berkenaan
6 Pegawai Sokongan
Termasuk :-
• Pembantu Penyelidik
• Dan lain-lain jawatan berkenaan
6 Keahlian Bersekutu
Termasuk :-
• Individu
• Institusi ( kerajaan @ swasta )
9
Buku Panduan PSNZ Sesi 2010-2011

