Page 28 - BUKU PANDUAN PSNZ (web).indd
P. 28

Pengguna  perlu  menyimpan  fail  dan  sebarang  data
              maklumat ke dalam USB Pen-Drive dan External Floppy Drive
              /  Diskette    kerana  komputer    menggunakan  sistem  THIN
              CLIENT ini tidak akan menyimpan sebarang maklumat yang
              telah disimpan di dalamnya.
              Tempoh penggunaan bagi sesebuah komputer Thin Client
              adalah 1 jam.  Walaubagaimanapun, pengguna boleh terus
              menggunakan  komputer  sekiranya  tiada  pengguna  lain
              membuat tempahan bagi komputer tersebut.
              Pengguna  perlu  memastikan  kawasan  persekitaran
              komputer  bersih  daripada  sebarang  sampah,  habuk
              pemadam dan contengan.
              Pengguna hendaklah meletakkan semula kerusi di tempat
              asalnya setelah selesai menggunakan komputer.
              ( rujuk Polisi Bahagian Sistem & Perpustakaan Digital ).

              Komputer Sudut Digital Library
              Sudut ini terletak di bahagian hujung aras satu bangunan
              perpustakaan berhampiran pejabat Bahagian Pembangunan
              Sistem  Perpustakaan  Digital.  Terdapat  lebih  kurang  lima
              puluh ( 50 ) unit komputer yang menyediakan kemudahan
              menaip dan melayari internet kepada pengguna.
              Penggunaan  komputer  hanya  untuk  tujuan  pencarian
              maklumat dan pengajaran-pembelajaran.
              Pengguna  perlu  membawa  alat  storan  fail  (  Diskette,
              Thumb-Drive ) untuk menyimpan maklumat yang didapati
              daripada Internet.
              Pengguna  adalah  dilarang  menambah  perisian  /  program
              (  selain  dari  yang  tersedia  )  atau  menyimpan  sebarang
              dokumen atau fail peribadi di dalam komputer perpustakaan.
              Jika  didapati  ada,  fail  tersebut  akan  terus  dipadamkan
              daripada komputer.
              Penggunaan  Internet  hanyalah  satu  (  1  )  jam  bagi  setiap
              pengguna.    Walau  bagaimanapun,  pengguna  boleh  terus
              menggunakan  komputer  sekiranya  tiada  pengguna  lain
              membuat tempahan.
              Setiap  fail  yang  ingin  dibuka  mestilah  diimbas  (  scan  )
              menggunakan  perisian  Antivirus  yang  telah  tersedia  di
              dalam komputer.
              Pengguna tidak dibenarkan mengganggu pengguna yang
              lain, membuat bising dan berkelakuan tidak sopan.
              Pengguna  adalah  DILARANG  SAMA  SEKALI  menggunakan
              Internet  untuk  tujuan  chatting,  permainan  komputer
              selain tujuan pembelajaran; muat turun dan menyebarkan
              bahan-bahan  pornografi ,  perkauman,  kontroversi  dan
              lain-lain yang berunsur TIDAK SIHAT.
              Pengguna  yang  didapati  melakukan  kesalahan-kesalahan
              di atas, akan ditamatkan sesi penggunaan komputer pada
              hari tersebut.
              Kesalahan  mereka  juga  akan  direkodkan.    Sekiranya
              kesalahan yang sama masih diulangi, laporan akan dihantar
              ke Pejabat Hal-Ehwal Pelajar & Alumni ( HEPA ) dan pengguna
              tersebut akan disenaraihitamkan.


         26
             Buku Panduan PSNZ Sesi 2010-2011
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33