Page 14 - DSKP KSSR BAHASA MELAYU SK Tahun 6
P. 14

DOKUMEN  STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 6


                          4.4.4    Kosa kata
                                 Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu ditingkatkan dan dikembangkan agar murid
                                 dapat mengungkap maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu dalam mata-mata pelajaran yang dipelajari
                                 pada peringkat sekolah rendah.

                          4.4.5    Peribahasa
                                 Peribahasa  merangkumi  simpulan  bahasa,  perumpamaan,  pepatah,  bidalan,  perbilangan  dan  kata-kata  hikmat  perlu
                                 diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian,
                                 dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

                          Nota:
                          Buku  Tatabahasa  Dewan  Edisi  Terkini    ialah  buku  tatabahasa  pegangan  yang  menjadi  sumber  rujukan  dalam  pengajaran  dan
                          pembelajaran.


               5.0     PENGISIAN KURIKULUM

                       Pengisian kurikulum mengambil kira elemen merentas kurikulum iaitu unsur-unsur yang diserap dalam setiap mata pelajaran. Elemen
                       Merentas  Kurikulum  ialah  unsur  nilai  tambah  yang  diterapkan  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  selain  yang  ditetapkan
                       dalam  standard  kandungan.  Penerapan  elemen  ini  bertujuan  untuk  mengukuhkan  kemahiran  dan  keterampilan  modal  insan  yang
                       dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Pengisian kurikulum tersebut merangkumi perkara-perkara
                       yang berikut:

                       5.1     Ilmu

                              Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains, dan geografi dapat digunakan untuk
                              memperkembangkan  ilmu  bahasa  dan  kemahiran  bahasa.  Ilmu  lain  yang  berkaitan  dengan  hal-hal  semasa  juga  boleh
                              dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

                       5.2     Kemahiran

                              Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
                              menulis  merupakan kemahiran  yang  mesti  dilaksanakan.  Selain  itu, kemahiran  merentas kurikulum  tidak  diketepikan, malah
                              turut ditekankan dalam KSSR yang meliputi pelbagai kemahiran yang boleh membantu mempertingkatkan pengetahuan dan




                                                                                    12
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19