Page 70 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 70
DASAR PEPERIKSAAN SESTER
1. LATAR BELAKANG
Kurikulum merupakan ‘core business’ bagi setiap guru dan murid yang belajar di
sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan
status SESTER sebagai salah Kluster Kecemerlangan. Justeru diharapkan
dasar yang ditetapkan ini dapat menjadi garis panduan kepada perjalanan dan
pengurusan peperiksaan sekolah ini,
2. DASAR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
2.1.1 Takwim peperiksaan disediakan untuk sepanjang tahun dan
dimuatkan di dalam buku pengurusan.
2.1.2 Jadual peperiksaan sebenar akan diberikan kepada semua guru
dan ditampalkan di setiap kelas dan di bilik peperiksaan seminggu
sebelum ujian/peperiksaan berlangsung oleh setiausaha
peperiksaan dalaman.
2.1.3 Peperiksaan Penggal dijalankan 2 kali setahun. (Peperiksaan
Pertengahan Tahun [PPT] dan Peperiksaan Akhir Tahun [PAT] )
Manakala bagi kelas peperiksaan PT3 dan SPM, PAT digantikan
dengan Peperiksaan Percubaan.
2.1.4 Format ujian dan peperiksaan mengikut dasar peperiksaan JPNT.
2.1.5 Pengurusan Peperiksaan Dalaman mengambil kira sebelum,
semasa dan selepas peperiksaan.
2.1.6 Guru boleh dicadangkan sebagai pengawas peperiksaan awam
secara penggiliran kecuali bagi Ketua Pengawas dan Penolong
Pengawas
3. PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PEPERIKSAAN
3.1.1 Dasar penjimatan diamalkan untuk penggunaan kertas. Font 11
digunakan bagi Arial / Times New Roman.
3.1.2 Percetakan 80 helai ke bawah, hendaklah menggunakan mesin
fotostat.
3.1.3 Semua percetakan adalah atas kebenaran Pengetua / Penolong
Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang untuk ditandatangan
dan diserahkan kepada Pembantu Am Pejabat untuk tindakan
selanjutnya.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
69

