Page 24 - Panglima 2019
P. 24

DARI MEJA UNIT KURIKULUM


















                      PN. SITI ZARINAH BT. MOHD DARUDIN             PN. HARYATI BT. HASHIM
                       PENOLONG KANAN PENTADBIRAN                 SETIAUSAHA KURIKULUM

      Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam kasih-sayang,


      Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada pasukan e-Majalah hingga berjaya merealisasikan majalah
      dalam talian Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Panglima Perang Kiri ini..
       Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran berasaskan bilik
      darjah(PBD), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah yang menjadi inti pati
      pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menuntut warga pendidikan
      berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya saing dan dihormati.
       Saya yakin transformasi pendidikan akan berjaya dengan usaha yang padu tanpa mengenal purtus asa,
      bekerjasama sebagai sebuah pasukan dan berkhidmat dengan penuh integeriti. Kita perlu berubah dari
      amalan yang biasa untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.
       Terhasilnya e-majalah membuktikan warga smkdppk telah menyahut seruan Kementerian Pendidikan
      Malaysia untuk mengambil bahagian dalam Program Pembangunan Majalah Sekolah Digital 2018
      (“Program e-Majalah 2018”). iaitu satu Inisiatif Komuniti Pintar dengan objektif untuk memberi
      pendedahan teknologi maklumat dan komunikasi (“ICT”) kepada pelajar dan guru dan untuk
      meningkatkan kreativiti dan inovasi melalui penerbitan digital

      Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat kepada semua
      Sekian, terima kasih


        BIL.                 PROGRAM DAN AKTIVITI                               TARIKH
         1    Program Akur janji SPM dan Motivasi tingkatan 4 dan 5            23.4.2019
         2    Hari Interaksi                                                   4.7.2019
         3    Dialog Prestasi Murid Kritikal SPM                               5.7.2019
         4    Karnival Pendidikan STEM                                     23 dan 25.7.2019
         5    Karnival VOTEK                                                   25.7.2019
         6
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29