Page 34 - Panglima 2019
P. 34
DARI MEJA UNIT HAL EHWAL MURID
PN. NOR HALIZATUN BINTI SHAMSUDDIN PN. SITI NURFARAH HANA BINTI MOHD NAIM
PENOLONG KANAN HEM SETIAUSAHA HEM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dan selamat sejahtera.
Syukur alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya
dapat saya lakarkan sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Sesungguhnya seantero dunia telah mengiktiraf institusi pendidikan adalah platfom yang amat besar
pengaruhnya dalam membina Negara bangsa yang dinamik dan kompeten bagi membentuk pelapis
generasi akan datang.Oleh itu,marilah kita bersama-sama mengatur strategi dalam melaksanakan
amanah, tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan
Agama, Bangsa dan Negara.
Pengurusan HEM seolah diakui menjadi elemen yang sangat penting kerana di dalamnya terdapat aset
Negara yang merupakan nilai modal insan yang paling berharga untuk mencorakkan lanskap
pentadbiran Negara pada hari muka. Pelan Tranformasi Pendidikan yang diperkenalkan dengan
memberi fokus kepada NKRA, diharapkan dapat memantapkan lagi kemenjadian murid seterusnya
membawa impak positif dalam dunia pendidikan seluruhnya.
Dengan kapasiti yang ada di bawah kepimpinan Tuan Pengetua dan dibantu oleh rakan-rakan penolong
kanan dan guru-guru serta sokongan PIBG diharapkan pengurusan HEM dapat dilaksanakan sebaik
mungkin bagi memenuhi stake holder dan aspirasi Negara selaras dengan hasrat yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dengan adanya kesepaduan semua pihak, saya menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi,
bahawa Unit HEM dapat merealisasikan visi dan misi sekolah serta merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Sekian terima kasih.

