Page 69 - Panglima 2019
P. 69

DARI MEJA UNIT KOKURIKULUM























                    PK KOKURIKULUM                                 S/U KOKURIKULUM





             Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


                   Syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya majalah panglima tahun 2019 dalam bentuk
                   e-majalah berjaya diterbitkan buat pertama kalinya. Tahniah kepada sidang redaksi panglima dan
                   semua warga panglima yang terlibat dalam penghasilan e-majalah tahun ini.


                   Terimakasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sesuatu dalam e-majalah
                   ini. Kegiatan kokurikulum dianjurkan bagi memantapkan lagi penguasaan teori dan amali pelajar di
                   dalam cabang kokurikulum ke arah pemantapan kendiri serta kepimpinan pelajar. Ianya selaras
                   dengan matlamat Kementerian PendidikanMalaysia untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
                   Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).



                   Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah berjaya dalam bidang kokurikulum sama ada yang
                   mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Saya berharap kecemerlangan ini
                   akan menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada yang lain untuk sama menyumbang dalam
                   kecemarlangan dibidang kokurikulum. Diharapkan kecemerlangan ini dapat diteruskan pada tahun
                   akan datang. Saya percaya dengan kesungguhan, disiplin dan daya juang yang tinggi pada pelajar,
                   tidak mustahil mereka boleh mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang dalam
                   bidang kokurikulum.


                   Akhir kata saya menyeru kepada semua warga panglima supaya sentiasa mengamalkan sikap kerja
                   sama dan mengutamakan kecemerlangan dalam apa juga kegiatan dan program sekolah.


              “Panglima HEBAT”.



             Sekian , terima kasih.


             Tn. Hj. Azmi Bin Amat Kamari
             Penolong Kanan Kokurikulum
             SMK Dato’ Panglima Perang Kiri
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74