Page 3 - BUKU PROGRAM MSKPP KALI KE 46 SARAWAK 2018
P. 3

PESTA MAJLIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA
                                                                        Peringkat Kebangsaan Kali Ke-46 Tahun 2018


                                                           Perutusan




















                                            PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK
                                                           Merangkap
                     Presiden Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak


               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
               Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.

               Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, saya diberi kesempatan
               untuk  berkongsi  bicara  dalam  buku  program  Pesta  Majlis  Sukan  Dan  Kebudayaan  Perkhidmatan  Pelajaran
               Malaysia Kali Ke-46 Tahun 2018.

               Terima kasih  saya  ucapkan  kepada  Majlis  Sukan  dan  Kebudayaan  Pelajaran  Malaysia  kerana  telah  memilih
               Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Pelajaran Sarawak sebagai tuan rumah bagi Pesta MSKPPM Kali Ke-46
               tahun  2018.  Pemilihan  ini  adalah  satu  amanah  dan  penghormatan  kepada  warga  pendidikan  Sarawak.

               Ja` Berambeh Ngagai Sarawak, (Unity in Diversity) merupakan tema kepada Pesta MSKPPM kali Ke-46 pada
               tahun  ini  yang  membawa  maksud  marilah  datang  beramai-ramai  ke  Sarawak.  Diharap  kunjungan    warga
               pendidikan seluruh Malaysia ke Sarawak Bumi Kenyalang  akan dapat merapatkan lagi silaturrahim di samping
               mengenali Sarawak dengan lebih dekat lagi.

               Penglibatan warga pendidikan seramai 2,024 orang daripada 17 buah pasukan, telah menghimpun seramai 1,677
               orang pemain dan 347 orang pegawai dalam memeriahkan Pesta MSKPPM pada kali ini, amat saya kagumi dan
               semoga semangat ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Saya percaya masing-masing telah menunjukkan
               semangat kesukanan yang tinggi menerusi 10 jenis aktiviti-aktiviti yang telah dipertandingkan iaitu sukan dan
               kebudayaan

               Akhirnya,  saya  mengucapkan  ribuan  terima  kasih  kepada  semua  pihak  yang  memberi  sumbangaan,  tajaan.
               Kepada Jawatankuasa Pengeloa dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang sama-
               sama menjayakan Pesta MSKPPM Kali Ke-46 Tahun 2018.

               Sekian, terima kasih.


               Dr. Haji Azhar Bin Haji Ahmad


                                                                                                                  2
   1   2   3   4   5   6   7   8