Page 2 - PESTA MSKPPM KE 46 2018
P. 2
PESTA MAJLIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA
Peringkat Kebangsaan Kali Ke-46 Tahun 2018
Perutusan
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Merangkap
YANG DIPERTUA MAJLIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN
PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan
Pelajaran Malaysia (MSKPPM) Cawangan Negeri Sarawak atas kejayaan dalam mengelolakan Pesata
Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia kali ke - 46 Tahun 2018.
Saya percaya pesta seperti ini dapat memberi peluang kepada warga Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) menunjukkan bakat dan kemahiran dalam bersukan. Penyertaan warga KPM juga
dapat melatih mereka dari segi pengurusan, kejurulatihan dan kepegawaian dalam sesuatu kejohanan
sukan seperti ini.
Pesta ini sudah pastinya akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan martabat warga profesional
warga KPM agar terus dijulang terutama dalam bidang sukan dan kebudayaan. Selain memupuk
semangat kesukanan, ia juga sebagai medan untuk membina jambatan perhubungan muhibah serta
setia kawan dalam kalangan peserta yang datang dari pelbagai negeri.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pesta ini dan saya berharap agar
pesta ini akan mencapai matlamat yang disasarkan serta dapat diteruskan di masa hadapan.
Selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan!
Sekian, terima kasih.
DATUK Dr. AMIN BIN SENIN

