Page 120 - BUKU TEKS T5
P. 120

4.3      PIHAK YANG BERKEPENTINGAN KEPADA PENYATA
                       KEWANGAN SESEBUAH PERNIAGAAN


            Penyata kewangan penting kepada pihak berkepentingan dalam membuat keputusan tentang
            sesuatu perkara dalam perniagaan. Antara pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan
            adalah seperti berikut:



                  Pihak berkepentingan                                Kegunaan


                                                     •   Pemegang saham/pemilik boleh mengetahui
                                                         kedudukan kewangan perniagaan dan menentukan
                                                         hala tuju perniagaan.
                 Pemegang saham/pemilik
                                                     •   Mengetahui keberuntungan perniagaan dan bakal
                                                         pulangan yang akan diperoleh.


                                                     •   Penyata kewangan yang baik dapat meyakinkan
                        Pelabur                          pelabur untuk melabur dalam perniagaan.


                                                     •   Menilai prestasi perniagaan, membuat pertimbangan
                                                         untuk pemberian ganjaran seperti bonus dan                                                                                                                   BAB 4
                                                         dividen, perbandingan prestasi kewangan antara
                   Pihak pengurusan                      tahun semasa dengan tahun sebelumnya, dan
    BAB 4
                                                         sebagai garis panduan untuk perancangan
                                                         pengagihan sumber dengan berkesan.


                  Pembiaya/Institusi                 •   Mengetahui kemampuan perniagaan membayar
                      Kewangan                           hutang dan kredit.


                                                     •   Laporan kewangan digunakan untuk menilai                                                                                                                     PENYATA KEWANGAN PERNIAGAAN
                                                         keupayaan dan kecekapan dalam pengurusan
                     Pembekal/vendor                     hutang sebelum memberi kemudahan kredit atau
                                                         memberikan pinjaman kepada perniagaan.




    PENYATA KEWANGAN PERNIAGAAN
                   sudut
                   aktiviti




             Sekiranya anda merupakan pemilik sesuatu perniagaan, anda dikehendaki untuk mengenal pasti pihak-pihak yang
             mempunyai kepentingan terhadap penyata kewangan perniagaan selain yang dinyatakan di atas.
                  Bincang dengan ahli kumpulan masing-masing dan bentangkan hasil penemuan anda.







             108   SP       3.4.3
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125