Page 133 - BUKU TEKS T5
P. 133
REFLEKSI
1. Penyata kewangan merupakan satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan
sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.
2. Penyata kewangan terdiri dari:
i. Penyata pendapatan
ii. Kunci kira-kira
iii. Penyata aliran tunai (Belanjawan Tunai)
3. Titik Pulang Modal (TPM) adalah satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama
dengan jumlah kos.
4. Pihak yang berkepentingan kepada penyata kewangan sesebuah perniagaan adalah:
i. Pemegang saham/pemilik
ii. Pelabur
iii. Pihak pengurusan
iv. Pemiutang
v. Pembiaya/institusi kewangan BAB 4
5. Analisis kegunaan penyata kewangan terhadap operasi sesebuah perniagaan adalah:
BAB 4
a) Penyata pendapatan
i. Mengukur prestasi perniagaan; dan
ii. Meningkatkan jumlah keuntungan
b) Kunci kira-kira
i. Meningkatkan untung bersih; dan
ii. Penilaian perniagaan. PENYATA KEWANGAN PERNIAGAAN
6. Analisis nisbah asas melibatkan analisis:
i. Nisbah kecairan: nisbah semasa.
ii. Nisbah kecekapan: nisbah pusing ganti stok dan nisbah pusing ganti aset.
iii. Nisbah untung: peratusan margin untung kasar, peratusan margin untung bersih, peratusan
PENYATA KEWANGAN PERNIAGAAN
pulangan atas modal dan peratusan untung tokokan
121

