Page 142 - BUKU TEKS T5
P. 142
KAJIAN KES
Arahan: Baca kes di bawah dengan teliti.
Syarikat XYZ merupakan sebuah perniagaan berasaskan kasut di Kuala Nerus, Terengganu. Syarikat XYZ
telah mula beroperasi dari tahun 2013 hingga kini. Memandangkan keadaan pasaran dan ekonomi yang
tidak menentu, pihak pengurusan ingin mengetahui kedudukan kewangan perniagaan. Sebagai seorang
Pegawai Kewangan di Syarikat XYZ, anda perlu membentangkan hasil penemuan prestasi kewangan
berdasarkan analisis nisbah asas seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah dalam mesyuarat
pengurusan akan datang.
Jadual 1 Analisis Nisbah Asas bagi Syarikat XYZ dari tahun 2013-2015
Nisbah 2013 2014 2015
Nisbah kecairan:
a) Nisbah semasa 1.65 kali 1.75 kali 1.78 kali
BAB 4
Nisbah kecekapan:
a) Pusing ganti stok 6.22 kali 6.74 kali 6.83 kali
b) Pusing ganti aset 1.67 kali 1.60 kali 1.59kali
BAB 4
BAB 4
Nisbah untung
PENYATA KEWANGAN PERNIAGAAN
a) Peratusan margin untung kasar 28.9% 29.3% 30.9%
b) Peratusan margin untung bersih 4.5% 4.0% 3.9%
c) Peratusan pulangan modal 6.42% 6.52% 6.62%
d) Peratusan untung tokokan 11.2% 12.2% 13.2%
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut.
(a) Huraikan prestasi perniagaan Syarikat XYZ berdasarkan nisbah kecekapan. [6 markah]
(b) Terangkan kepentingan analisis nisbah kewangan ini kepada pihak berkepentingan
seperti pengurusan, pesaing dan pembekal. [6 markah]
PENYATA KEWANGAN PERNIAGAAN
PENYATA KEWANGAN PERNIAGAAN
(c) Sebagai Pengurus Kewangan bagi syarikat XYZ, nyatakan kekuatan dan kelemahan
kedudukan prestasi semasa perniagaan. [4 markah]
(d) Berikan cadangan-cadangan yang perlu diambil kira oleh pihak pengurusan dalam
memperbaiki kedudukan prestasi kewangan perniagaan. [4 markah]
130
130

