Page 197 - BUKU TEKS T5
P. 197

3. Harga

               Harga ialah bayaran yang perlu dibayar oleh pembeli untuk memiliki produk atau perkhidmatan
               yang ditawarkan.

               Penetapan harga yang berpatutan adalah penting kerana pelanggan biasanya bersikap sensitif
               terhadap harga sesuatu produk atau perkhidmatan.

               Usahawan perlu mempertimbangkan permintaan pengguna, kos pengeluaran dan persaingan
               dalam menetapkan harga.
               Bagi menarik perhatian pembeli, usahawan boleh menawarkan pemberian diskaun kepada
               pembeli.








                                                                              sudut
                                                                              aktiviti



                                                                       Lakukan aktiviti secara
                                                                       berkumpulan. Kaji campuran
                                                                       pemasaran sesebuah perniagaan
                                                                       yang terkenal di Malaysia.
                                                                       Kemudian bentangkan hasil kajian   PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN
                                                                       anda.








                 Gambar foto 6.2 Contoh harga perkhidmatan cuci kereta.



           4. Promosi

           Promosi adalah satu proses, cara atau kaedah untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk dan       BAB 6
           mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Promosi yang
           berkesan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan akan dapat mengekalkan kesetiaan pelanggan
           terhadap produk atau perkhidmatan tersebut di pasaran. Usahawan perlu memilih media
           pengiklanan yang sesuai untuk memasarkan produk atau perkhidmatannya.














                                                                                              185
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202