Page 210 - BUKU TEKS T5
P. 210
7.2 KEPENTINGAN MENYEDIAKAN RANCANGAN
PERNIAGAAN
Rancangan perniagaan membolehkan usahawan menganalisis semua aspek perniagaan dan
menyediakan strategi yang berkesan untuk menangani ketidakpastian yang mungkin berlaku.
1. 2.
Memberi peluang kepada
usahawan menilai projek yang Merancang keperluan
dirancang dengan teliti sumber perniagaan
Sebarang kesilapan ketika menguruskan Keperluan sumber perniagaan adalah seperti
perniagaan dapat dikurangkan kerana sumber manusia, sumber fizikal dan sumber
rancangan perniagaan yang disediakan pembiayaan. Perancangan yang teliti dalam
dijadikan sebagai garis panduan dalam hala merancang dan mengagihkan keperluan sumber
tuju pengurusan perniagaan. perniagaan dapat membantu perniagaan beroperasi
dengan lebih sistematik dan lebih jelas.
3. 4.
Menjangka risiko dan masalah Memberi gambaran sama ada
yang timbul semasa melaksanakan projek yang dirancang berdaya
projek perniagaan maju atau tidak
Risiko dan masalah yang bakal timbul dalam Gambaran bahawa projek yang dijalankan
perniagaan seperti kekurangan modal dan berpotensi berdaya maju dapat membantu
pemilihan lokasi yang tidak strategik dapat menyakinkan pihak seperti pelabur, bank dan
dikurangkan. Semasa menyediakan rancangan pihak berkepentingan untuk pelaburan atau
perniagaan, usahawan dapat meramal risiko dan pembiayaan.
masalah serta berusaha menangani risiko dan
masalah tersebut dalam dunia perniagaan sebenar.
5.
MERANCANG PENGENDALIAN PERNIAGAAN
Meyakinkan pihak
pelabur atau bank
Kemampuan perniagaan untuk menjelaskan segala hutang perniagaan dapat ditunjukkan
BAB 7
dengan melihat kos yang terlibat dan kadar keuntungan yang diperoleh. Tanggapan
positif pihak pelabur terhadap prestasi perniagaan dapat membantu perniagaan untuk
memperoleh sumber kewangan yang diperlukan
198
198 SP 4.3.2

