Page 21 - PROJEK DIGITAL BMMB 1084
P. 21
EJAAN KATA PINJAMAN
KATA pinjaman, atau kata ambilan dan kata serapan,
sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa
Eropah lain, diterima masuk ke dalam korpus bahasa
Melayu dengan mementingkan bentuk ejaan atau
visualnya.
Oleh hal yang demikian, penyesuaian huruf dilakukan
sekiranya perlu. Penyesuaian tersebut boleh terdiri
daripada pengekalan, penggantian, dan pengguguran
huruf tertentu.

