Page 8 - PowerPoint Presentation
P. 8
FORMAT BAHARU PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021
Soalan 1 : MORFOLOGI (Contoh 2)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat
anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Sebagai warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja Melayu sememangnya
terletak pada bahu mereka. Dalam kalangan generasi muda, lima prinsip Rukun Negara telah
diterapkan sejak bangku sekolah demi membentuk jati diri mereka. Namun demikian terdapat
segelintir rakyat yang telah memuat naik kata-kata yang menghina institusi tersebut melalui
laman sosial. Oleh itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pihak yang terlibat
kerana setiap rakyat Malaysia perlu akur bahawa kesetiaan kepada raja dan negara ialah
tanggungjawab kita bersama.
Dipetik dan diubah suai daripada
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
oleh Nurul Muhaminah
Dewan Masyarakat, bil 2/2017
[6 markah]

