Page 10 - GKEB1072 KK2 - NUR FARAH AIN BINTI ABD RAZAK
P. 10
2.0 KEPENTINGAN
KEMAHIRAN
2.1 KEPENTINGAN KEMAHIRAN MEMBACA :
Mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat dan juga untuk
mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.
Kebolehan membaca akan membantu penguasaan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan kepada
pelajar.
Sehubungan itu, dalam konteks yang lebih luas, proses membaca dapat memberikan pembaca
pandangan dunia yang lebih jelas serta pengalaman yang dapat membantu mereka memahami makna
teks secara ekstensif.
Menganalisis kandungan serta mencari maklumat berdasarkan tugasan yang diberikan kepada pelajar
Membaca juga mampu meningkatkan aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan bacaan yang
merupakan proses dinamik dalam diri seseorang murid (Abdul Rasid Jamian, 2011).
Justeru, membaca membantu pelajar-pelajar menjadi lebih berkeyakinan dan bermotivasi.
5

