Page 14 - KEMAHIRAN MEMBACA & MEMBUAT NOTA
P. 14
PETA MINDA
Tidak perlu ikut susunan.
Tajuk utama menjadi idea utama.
Konsep membentuk cabangnya.
Garisan menghubungkan kaitan antara idea dan konsep.
Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu.
Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat.
Peranan penting dalam peta minda ialah : merangka,
mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu
persembahan.
GARIS PANDUAN MEMBUAT PETA MINDA
Mula dengan tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea utama.
Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau
penerangan tentang tajuk.
Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak tertentu.
Gunakan kata kunci, gambar, imej atau simbol.
Tuliskan kata penghubung di atas garisan.
Jadikan corak yang menarik.
Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan
perkaitan.
Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi supaya lebih cantik.
Gunakan kreativiti untuk menjadikan peta minda yang lebih asli.

