Page 2 - KERTAS PROJEK GALERI TENGKU ANIS-converted (1)
P. 2
1.0 RASIONAL
SMK Zainab mempunyai warisan bangunan tersendiri di mana sekolah ini mempunyai
kenangan simbolik di raja. Satu ketika dahulu sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar elit
yang berbakat dan berketerampilan salah seorang nya adalah Almarhumah Raja Perempuan
Zainab. (Sila rujuk lampiran 1)
Penghargaan dan pengikhtirafan dari pihak sekolah khususnya selaras dengan SMK
Zainab diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan
pihak sekolah menjaganya dengan baik. Bangunan bilik darjah lama ini telah dibina pada
tahun 1957 dan salah satu adalah Galeri Di Raja yang sedang dinaik taraf untuk mengekalkan
dan menjaga bahan-bahan peninggalan sejarah selaras dengan Akta 645 iaitu dapat
mengekalkan integriti dan keaslian bangunan/tapak warisan sekaligus memastikan tempoh
hayatnya dapat dipanjangkan. (sila rujuk lampiran)
2.0 MATLAMAT
Menghargai bangunan lama selaras dengan sejarah Tapak Warisan Negara.
3.0 OBJEKTIF
1. Memberikan peluang kepada murid mengenali dan mengapresiasi warisan Kesultanan
Kelantan di sekolah.
2. Meningkatkan motivasi diri murid dan guru di atas kejayaan mereka dahulu kala.
3. Galeri di Raja ini dijalankan selaras dengan usaha pemimpin negara untuk mengekalkan
warisan lama sekolah sebagai Tapak Warisan Negara.
4. Galeri di Raja ini dapat memenuhi kepada keperluan pencapaian kendiri
murid sebagaimana diperkatakan oleh Teori Keperluan Maslow.
Seterusnya dapat menyuntik mereka kepada sedar diri untuk kejayaan yang akan
datang.
5. Program ini diharapkan akan menjadi simbol komitmen warga SMK Zainab untuk
merealisasikan matlamat untuk melahirkan generasi yang mempunyai semangat
patriotik.
2

