Page 13 - BULETIN NAINS EDISI KHAS 2022/2023
P. 13
Buletin Nains
SAMBUTAN HARI
KEMERDEKAAN
Pada 22 ogos 2022 Sekolah Dato" Shamsudin Nain telah mengadakan sambutan hari
kemerdekaan yang bertemakan ’KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA’.
Sambutan ini diadakan dengan meriah walaupun masih berdepan dengan ancaman
covid-19. Dengan menyambut sambutan ini,ianya juga dapat mewujudkan semangat
perpaduan antara kaum serta dapat memupuk semangat setia kepada negara.
Pada pukul 7:30 pagi bermulalah aktiviti pertama iaitu ucapan aluan daripada
pengacara majlis sebagai pembukaan hari kemerdekaan serta diikuti dengan ucapan
dari para guru. Bagi memeriahkan lagi sambutan ini,terdapat pelbagai aktiviti yang
dilakukan oleh para guru dan murid. Antaranya ialah pertandingan pakaian tradisonal
dari warga SMKDSN. Seterusnya nyanyian lagu patriotik iaitu ‘KELUARGA
MALAYSIA TEGUH BERSAMA’ dan ‘KERANAMU MALAYSIA’. sambutan ini masih
berterusan sehingga pukul 8.30 pagi. Setelah itu, majlis diteruskan dengan
persembahan pelajar dan bersurai pada pukul 9.00 pagi.
Ribuan terima kasih kepada warga SMKDSN kerana telah menyedarkan kami tentang
pengorbanan tokoh-tokoh yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan negara
dan meraih kebebasan negara kita yang tercinta ini.
.A'isar.
13

