Page 16 - HARI GURU KOTA SETAR 04072021
P. 16
TOKOH GURU 2021
DATIN PADUKA DATO’ HAJAH AZUYAH HASSAN
Dilahirkan pada 11 April 1958 di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat
Pendidikan formal pada tahun 1966 sehingga 1970 di Sekolah Kebangsaan Sungai
Tiang di daerah Pendang, Kedah. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di peringkat
menengah di Sekolah Menengah Sungai Tiang dari tahun 1971 hingga 1973 dan sinar
pendidikan terus menyerlah apabila beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran
di sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Kedah, Sungai Petani dan
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra Kedah dari tahun 1974 hingga 1975.
Setelah berjaya di peringkat SPM, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada
tahun 1974 dan berjaya menamatkan pengajian dan beroleh Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan
(Biologi- Botani) beserta Diploma Pendidikan.
Sumbangan sebagai seorang pendidik bermula di Kolej Sultan Abdul Hamid sebagai guru penolong (1981 – 1994),
dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Sains matematik di SMK Agama Kedah (1994 – 1995) dan kemudian
menjadi Guru Cemerlang di SMK Pendang dan Kolej Sultan Abdul Hamid (2000 – 2003). Setelah itu, dengan
kemahiran kepimpinan yang ada padanya, beliau telah dilantik sebagai pengetua di SMK Ayer Puteh Dalam,
Pendang (2003) dan di SMK Kubang Rotan (2006). Pada tahun 2006 itu juga beliau telah dilantik sebagai Ketua
Sektor Pelaporan Jemaah Nazir Sekolah di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Pada tahun 2007, beliau
diberi tanggungjawab sebagai Pengarah untuk memimpin Kolej Matrikulasi Perlis . Pada tahun 2014, beliau telah
dilantik sebagai Pengarah Pedidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sehingga bersara pada tahun 2018.
Sepanjang perkhidmatan beliau, banyak sumbangan bakti yang beliau telah curahkan khususnya di negeri
Kedah dan Malaysia amnya. Antara sumbangan besar ialah beliau merupakan pemain bola jaring negeri
Kedah dalam MSKPPM dari tahun 1982 hingga 2000. Selain itu, di peringkat antarabangsa beliau telah mewakili
negara ke Program Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang Malaysia di University of Texas, University of
Stanford dan Sekolah Cemerlang di Amerika Syarikat (1995). Sebagai isteri kepada Yang Berhormat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kedah Darulaman, Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din, beliau telah memimpin Puspanita Negeri
Kedah dan menjadi AJK Puspanita Peringkat Kebangsaan (2016 -2019). Beliau juga telah menghasilkan beberapa
penulisan dan yang terkini ialah buku yang berjudul ‘Azuyah-Kejayaan Seribu Liku’. Pada tahun 2017, beliau telah
menerima anugerah Darjah Dato’ Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato Paduka. Sepanjang
Datin Paduka Dato’ Hajah Azuyah Hassan memimpin Pendidikan negeri Kedah pelbagai kejayaan telah dicapai ,
Sesungguhnya sumbangan dan bakti Datin Paduka Dato’ Hajah Azuyah Hassan sangat besar kepada dunia
Pendidikan negeri Kedah ini.
‘PENDIDIKAN CEMERLANG, KEDAH GEMILANG’.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021
3
16
16

