Page 6 - HARI GURU KOTA SETAR 04072021
P. 6
KATA ALU—ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,
Salam KS Number One Malaysia.
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah bersyukur kehadrat-Nya keranan dapat kita
bertemu kembali pada hari yang amat bernilai bagi seorang guru.
“Berguru Demi Ilmu,Bina Generasi Baharu” merupakan tema yang
jelas ditujukan kepada para pendidik dalam melayari bidang pen-
didikan yang mencabar. Guru memainkan peranan yang penting
dalam memperkasakan ilmu pengetahuan dan profesinalisme bagi
membina generasi baharu selaras dengan matlamat Falsafah Pen-
didikan Kebangsaan.
Guru merupakan agen perubahan dalam pendidikan. Perubahan yang kreatif dan inovasi perlu
dijadikan tunggak dalam pendidikan bagi mencetus ilmu bertaraf dunia dalam kalangan pelajar. Malah
pendidik juga perlu mengaplikasikan kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi men-
capai hasil yang terbaik. Keterampilan guru yang tinggi dari segi personaliti , pemikiran luas dan strate-
gik akan mampu meletuskan ledakan ilmu yang diterapkan.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada warga pendidik agar berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif sebagai penggerak intelek yang mampu menghasilkan kualiti yang gemilang dan memperku-
kuhkan amalan terbaik dalam pendidikan.
Akhir kata, saya merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada para guru atas segala
pengorbanan yang dilakukan selama ini. Sesungguhnya guru adalah profesion yang mulia di sisi Allah
SWT kerana guru mewarisi tugas para rasul dan anbia.
Sekian,terima Kasih.
HAJI ISHAK BIN ZULKIFLI,
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021
3
6
6

