Page 431 - e Prosiding Serai 2021
P. 431
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
yang sesuai. Pada masa yang sama, murid bebas menggunakan pengetahuan sedia ada
mereka untuk menuliskan perenggan pendahuluan dan tidak tersekat seperti penggunaan
kaedah pasang siap. Dengan panduan dalam penulisan perenggan pendahuluan kaedah TeH
AtUK, murid dapat mengemukakan maklumat tambahan pada bahagian pendahuluan yang
secara tidak langsung dapat menggambarkan kematangan murid dalam penulisan dan
pengetahuan am sesuatu perkara.
KESIMPULAN KAJIAN
Hasil daripada pemerhatian pengkaji, kaedah ‘TeH AtUK’ yang menggunakan teknik mnemonik
telah memberikan impak yang positif kepada murid. Bagi golongan murid lemah, murid sudah
mampu menuliskan pendahuluan karangan yang sesuai dengan sesuatu soalan karangan.
Bagi murid golongan sederhana dan cemerlang pula, mereka dapat menuliskan pendahuluan
karangan dengan lebih baik. Hasil kajian ini sama dengan kajian lain yang telah menggunakan
kaedah mnemonik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Terdapat kajian yang
menunjukkan teknik mnemonik didapati dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah
matematik (Mailis et al., 2016), mengingat perbendaharaan kata yang banyak (Onur, 2014),
mengingat perbendaharaan kata bahasa Cina (Ying, Dicky & Yulyani, 2016) serta
meningkatkan ingatan murid dalam mata pelajaran reka bentuk dan teknologi (Mohd Jamil &
Ab Halim, 2018).
Kaedah ‘TeH AtUK’ didapati dapat memberikan peluang kepada murid untuk berfikir
secara lebih kreatif dan kritis serta mampu menghasilkan perenggan pendahuluan dengan
amat baik berbanding dengan kaedah pasang siap yang hanya menyediakan tempat kosong
untuk diisi oleh murid. Menurut Mariati dan Mazliza (2018) kaedah pembelajaran yang kreatif
dan pelbagai akan membuatkan murid akan lebih seronok dalam mempelajari subjek yang
mencabar pengetahuan dan aras mereka.
Kaedah ‘TeH AtUK’ dapat menyediakan satu lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menarik dan beraras tinggi dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Ia dapat memberi
peluang kepada murid yang mempunyai pelbagai aras kecerdasan dalam menyediakan
perenggan pendahuluan karangan yang baik.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Kajian keberkesanan kaedah ‘TeH AtUK’ disarankan dilakukan terhadap murid menengah
rendah agar keberkesanan kaedah ini dapat dilihat secara menyeluruh bagi murid-murid
sekolah menengah.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 413

