Page 575 - e Prosiding Serai 2021
P. 575
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal negara Malaysia.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga ada menyentuh mengenai
enam aspirasi murid dan salah satunya ialah kemahiran dwibahasa. Raminah Hj. Sabran
(1989) dalam tulisannya mengatakan bahawa kepentingan terhadap penguasaan bahasa
lebih ketara lagi dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Semakin tinggi kecekapan seseorang murid itu dalam
menggunakan bahasa terutamanya bahasa pengantar pendidikan, semakin besar
kemungkinan ia dapat menguasai kurikulum pendidikan yang diikutinya. Justeru itu, amat
penting untuk setiap murid menguasai kemahiran berbahasa Melayu dengan betul.
Penguasaan dalam menyebut perkataan-perkataan Bahasa Melayu dengan betul juga
antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Berdasarkan pengalaman,
pemerhatian dan ujian yang dilakukan selama 7 bulan pengkaji mengajar di kelas 2 Anggun,
didapati bahawa terdapat sebilangan besar murid yang masih gagal menyebut beberapa
perkataan dalam Bahasa Melayu dengan betul terutamanya perkataan yang melibatkan
sebutan e pepet dan é taling. Ini berpunca daripada kegagalan murid membezakan bunyi
sebutan untuk perkataan yang mempunyai e pepet dan é taling, walaupun pelbagai aktiviti
telah dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca seperti bacaan nyaring, belajar
sambil bermain, kuiz dan sebagainya. Masalah ini wujud dalam kalangan murid yang kurang
bertutur dalam Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Hal ini dibuktikan dengan
pernyataan Siti Muslihah(2018) yang memetik pernyataan Abdullah Hassan (1987) masalah
besar yang menghalang ketepatan sebutan Bahasa melayu di kalangan murid bukan melayu
adalah kerana jarang terjumpa orang bukan Melayu yang betul-betul mahir, fasih dan lancar
menggunakan BM melainkan mereka yang datang dari daerah yang BM itu lebih dominan.
Pengkaji telah mengambil inisiatif untuk membantu murid-murid mengatasi masalah di
atas dengan cara mengubah kebiasaan ketika mengajar dan kaedah pengajaran
menggunakan multimedia menarik minat pengkaji. Beberapa hasil penelitian menyatakan
bahawa pembelajaran ini dapat meningkatkan motivasi belajar, media pembelajaran yang
efektif, tidak adanya batas ruang dan waktu belajar. Manfaat penggunaan multimedia
interaktif menurut Ariani & Haryono (2010) adalah proses pembelajaran jelas, lebih menarik,
lebih interaktif, jumlah waktu mengajar dapat dikurangi, kualitas belajar murid dapat lebih
termotivasi dan pembelajaran dapat dilakukan di mana-mana dan bila-bila sahaja (sangat
fleksibel), serta sikap dan perhatian belajar murid dapat ditingkatkan dan dipusatkan.
Pengkaji bercadang membina satu alat yang dinamakan “Media Interaktif Bahasa
Melayu 4 dalam 1”. 4 dalam 1 yang dimaksudkan ialah penggabungan 4 jenis media interaktif
iaitu teks, imej, video dan audio dalam satu slaid interaktif yang menarik. Selain itu, 4 dalam
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 557

