Page 281 - e Prosiding Serai 2021
P. 281

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                  keempat PPPM iaitu memartabatkan profesion perguruan, maka Komuniti Pembelajaran
                  Profesional  (KPP)  atau  Professional  Learning  Community  (PLC)  merupakan  medium
                  terbaik  untuk  guru  berkongsi  ilmu  pengetahuan  terutama  berkaitan  dengan  proses

                  pengajaran dan pembelajaran (PdP).
                         Kerjasama ini memberi nilai tambah kepada para guru bagi meningkatkan kualiti

                  PdP  dan  mengikuti  perkembangan  dunia  pendidikan.  Kajian  ini  dijalankan  bertujuan
                  membincangkan  tentang  amalan  kerja  berpasukan  dalam  pelaksanaan  PLC  dalam
                  kalangan guru di sekolah menengah. Pelaksanaan PLC sedang rancak berlaku di Malaysia

                  kerana PLC adalah satu proses penambahbaikan dan peningkatan kecemerlangan yang
                  memerlukan warga sekolah bekerja secara kolaboratif bagi meningkatkan keberhasilan (W.

                  Md  Rasidi  et  al.,  2020).  PLC  telah  berjaya  mengubah  iklim  sekolah  yang  menyokong
                  pembangunan,  mengekalkan  pembelajaran  budaya  dalam  kalangan  profesional  dan
                  meningkatkan profesionalisme guru (Hassan et al., 2018).


                  OBJEKTIF KAJIAN

                      1.  Mengenal  pasti  amalan  kerja  berpasukan  dalam  pelaksanaan  komuniti

                         pembelajaran profesional di sekolah.
                      2.  Mengenal  pasti  masalah  yang  dihadapi  guru  sepanjang  pelaksanaan  komuniti

                         pembelajaran profesional di sekolah.
                      3.  Mencadangkan langkah pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional di sekolah.


                  SOROTAN LITERATUR

                  Kerjasama guru dalam membudayakan kolaborasi, berkongsi pedagogi dan memperbaiki
                  PdP mempercepatkan proses PLC. Kebanyakan kajian tempatan membuktikan bahawa

                  guru  masih  belum  memahami  konsep  PLC  untuk  berkongsi  kepakaran  (Rahimah  Haji
                  Ahmad et al., 2013) dan budaya PLC (Zuraidah Abdullah, 2010 dan Sujirah Ibrahim, 2011.

                  Kajian  juga  menunjukkan  bahawa  aplikasi  kerja  berpasukan  kurang  membantu  untuk
                  membangunkan iklim pembelajaran secara berterusan ke arah peningkatan kerjaya guru
                  (Nurahimah Mohd Yusoff & Rafisah Osman, 2010). PLC merupakan usaha meningkatkan

                  profesionalisme guru (Chong et al., 2018). Terdapat kajian yang membuktikan PLC tidak
                  berjaya dilaksanakan kerana faktor kolaboratif atau persekitaran. Wujud perasaan iri hati,
                  bermasam muka dan tidak ambil peduli menyebabkan PLC gagal dilaksanakan. Guru yang

                  bersikap sedemikian sebenarnya telah menggalakkan misi dan visi sekolah.
                         Sekiranya perkara ini berlanjutan, kecemerlangan murid dan prestasi murid tidak
                  tercapai.    Terdapat  juga  dalam  kalangan  guru  yang  kurang  jelas  dengan  konsep  PLC

                  (DuFour,  2004).  Selain  itu,  kajian  juga  membuktikan  bahawa  guru  lebih  selesa  bekerja

                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4
                  260
   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286