Page 420 - e Prosiding Serai 2021
P. 420
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kokurikulum berpengalaman untuk menentukan keesahan kandungan item soal selidik.
Sebanyak 19 item soalan (Jadual 2.0) telah dikemukakan kepada pelajar untuk dinilai.
Seramai 37 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2019 telah
menjadi responden dalam kajian ini.
Lima skala Likert telah digunakan bagi membantu pelajar menilai item atau soalan
yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Menurut Chua (2006), skala Likert banyak
digunakan dalam penyelidikan sains sosial kerana ia mudah diurus, item mudah dijawab oleh
responden, kebolehpercayaan data yang dipungut adalah lebih tinggi berbanding dengan
skala lain seperti Thurstone dan Guttman. Format skala Likert dalam kajian ini adalah nilai 1
sangat tidak setuju, 2 tidak setuju, 3 kurang setuju, 4 setuju dan 5 sangat setuju. Borang soal
selidik disediakan dalam bentuk Google Form bagi memudahkan menjawab soal selidik tanpa
bersemuka dan mengikut arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang mengarahkan
larangan bersemuka secara fizikal.
Data yang didapati dari soal selidik dianalisis dengan mengunakan perisian Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0 untuk mendapatkan nilai alfa Cronbach
(α) dan nilai statistik deskriptif min dan sisihan piawai bagi setiap item dan secara keseluruhan.
Nilai α digunakan bagi mendapatkan kebolehpercayaan item kajian. Kebolehpercayaan
merujuk kepada petunjuk ketekalan dan kestabilan alat kajian (Jackson, 2006). Menurut
Zaidatun et al. (2003), nilai alfa Cronbach kurang daripada 0.60 mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah dan item perlu diubah suai. Nilai alfa antara 0.60 hingga 0.80
diterima manakala nilai alfa melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Nilai min yang didapati akan
diinterpretasi mengikut skor min. Jadual 1.0 menunjukkan interpretasi skor min yang
diadaptasi daripada Jamil (2002) yang digunakan bagi analisis statistik deskriptif. Skor min
1.00 hingga 2.33 menunjukkan nilai min pada tahap rendah, skor 2.34 hingga 3.66 adalah
nilai min pada tahap sederhana manakala skor nilai min 3.67 hingga 5.00 pada tahap tinggi.
Jadual 1.0 Interpretasi Skor Min
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 399

