Page 264 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 264
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kajian ini menilai hubungan antara kesediaan guru dalam menerapkan pendidikan
STEM dengan dua pemboleh ubah bebas iaitu aspek pengetahuan dan sikap. Eckman et.
al. (2016) menyatakan untuk melaksanakan pendidikan STEM secara berkesan, guru-guru
perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan kandungan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik. Pengetahuan yang luas dan pemahaman yang mendalam
mengenai sesuatu pengetahuan juga dapat mencapai pengajaran yang berkesan (Knoell,
2012). Tidak cukup dengan itu, aspek sikap juga merupakan kayu ukur untuk melihat
sejauh mana tahap kesediaan guru mengenai penerapan pendidikan STEM (Maddox, et.
al., 2000).
Kajian mengenai tahap kesediaan guru pelatih terhadap STEM di Turki telah
dijalankan oleh Buyruk dan Korkmaz (2016). Hasil kajian mendapati kesediaan STEM
dalam kalangan 254 orang pelajar daripada fakulti pendidikan Universiti Amasya secara
keseluruhannya adalah berada pada tahap agak tinggi. Walau bagaimanapun, kajian ini
mendapati guru pelatih Sains mempunyai tahap kesediaan yang lebih tinggi berbanding
guru pelatih sekolah rendah kursus Matematik. Perbezaan ini disebabkan oleh integrasi
pendidikan STEM yang secara umumnya lebih tertumpu kepada bidang Sains. Sementara
itu, kajian ini juga mendapati faktor jantina tidak mempengaruhi tahap kesediaan seseorang
guru pelatih terhadap STEM.
Seterusnya, Susanto, Miyono dan Affini (2020) telah menjalankan kajian bagi
mengumpul maklumat mengenai peluang dan cabaran penerapan STEM dalam
pengajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah tinggi sekitar Jawa Tengah, Indonesia.
Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat banyak peluang apabila STEM diterapkan ke
dalam pengajaran Bahasa Inggeris dan antaranya adalah dapat menjadikan media sosial
sebagai salah satu alat pengajaran, penggunaan vlog sebagai sokongan kepada
penerangan terhadap sesuatu perkara dan dapat melaksanakan pemerhatian secara
langsung terhadap alam sekitar.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih Sains dan bukan Sains terhadap
pendekatan pendidikan STEM.
2. Mengenal pasti tahap sikap guru pelatih Sains dan bukan Sains terhadap
pendekatan pendidikan STEM.
3. Mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih Sains dan bukan Sains terhadap
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 243

