Page 785 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 785
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berumur sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara
mereka.
Hal ini menjelaskan bahawa kesemua responden telah mendapat pendedahan
awal mengenai rukun solat seawal usia tujuh tahun sesuai dengan hadis
Rasulullah SAW. Pendidikan di Malaysia yang mendedahkan murid kepada
solat juga amat sesuai bagi membolehkan murid mengetahui rukun solat sejak
daripada kecil
ii. Pembahagian Rukun Secara Umum
Melalui analisis dilaksanakan, tahap pengetahuan responden berkaitan dengan
pembahagian rukun solat berada pada tahap yang baik. Hal ini adalah kerana semua
responden mempunyai latar belakang keluarga yang mementingkan agama dan juga
merupakan bakal guru yang akan mengajar subjek Pendidikan Islam. Perkara ini telah
mendorong mereka untuk sentiasa ingat dan hafal berkaitan rukun solat kerana guru agama
tidak terlepas daripada mengajar solat kepada anak murid di sekolah.
Faktor Meningkatkan Pengetahuan Rukun Solat (SK2)
Temu bual yang telah dilaksanakan juga membolehkan pengkaji menganalisis
beberapa faktor dalam meningkatan pengetahuan rukun solat. Hal ini adalah kerana hampir
semua responden menyatakan faktor yang sama walaupun ditemu bual pada tempat yang
berbeza. Antara aspek yang ditemubual dan dianalisis ialah:
i. Faktor Mengetahui Dan Mengingat Rukun Solat
Melalui analisis yang dilaksanakan, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa
faktor persekitaran amat memainkan peranan dalam mengetahui dan
mengingat rukun solat kerana dapat memberikan kesan yang baik terhadap
individu.
ii. Peranan Guru
Lazimnya seorang guru akan mengajar cara pelaksanaan solat menerusi teori
dan juga praktikal. Hal ini adalah kerana pelaksanaan solat melibatkan kepada
pergerakan yang banyak sekaligus memerlukan guru untuk menunjukkannya
dengan menggunakan kaedah demonstrasi supaya lebih jelas. Menurut Nurul
Syuhada, Fathiyah & Asmawati (2016), kepelbagaian kaedah dalam
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 764

