Page 965 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 965
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Kesedaran kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru PJ mempunyai sikap positif
terhadap peranan mereka dalam meningkatkan kesedaran aktiviti fizikal dalam kalangan
murid orang asli. Guru-guru PJ menjelaskan usaha memupuk kesedaran aktiviti fizikal dalam
kalangan murid orang asli ialah dengan mewujudkan program sukan, melaksanakan aktiviti
PJ dan memupuk murid bersikap positif terhadap aktiviti bercorak fizikal. Ini menunjukkan
guru-guru di SK Sungai Berua ini mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas
mereka. Dapatan ini berdasarkan kenyataan Guru PJ 1 dan Guru PJ 2 iaitu
“…di SK Sungai Berua murid-murid sentiasa digalakkan menyertai aktiviti sukan
sekolah, aktiviti PJ dan mereka ini tahu perlu senaman untuk sihat..”(PG-GPJ1, 2015:
6) dan “…murid di sini suka aktiviti bermain seperti pendidikan jasmani. Melalui
penjelasan guru, mereka sedar kepentingan PJ cuma…dalam kelas PJ mereka kurang
tumpuan…” (PG-GPJ2, 2015: 12)
Temu bual dengan guru PJ secara umumnya lebih berfokus kepada aspek pengajaran yang
ditekankan semasa kelas PJ di sekolah. Antara perkara yang disebutkan seperti kemahiran
baru perlu diulang banyak kali, pendekatan secara demonstrasi, kaedah kumpulan dan
keperluan guru menghadiri kursus PJ. Sebagai contoh Guru PJ 2 menjelaskan pandangnya
seperti kenyataan ini…
“ada masanya,..guru perlu ulang banyak kali kemahiran baru yang diajar, kaedah
demonstrasi banyak digunakan dalam kelas PJ….kaedah kumpulan juga di praktik di
sini. Guru-guru masih perlu kursus berkaitan PJ supaya dapat di curahkan ilmu pula
kepada murid orang asli….”(PG-GPJ2, 2015: 20)
Halangan dalam pelaksanaan pengajaran subjek Pendidikan Jasmani
Dapatan kajian seterusnya memperlihatkan guru-guru PJ menghadapi masalah dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Halangan yang ditemui dalam
kajian ini seperti berikut : 1) halangan budaya setempat 2) halangan sikap murid 3) halangan
perasaan malu 4) kemahiran diri dan 5) kekurangan peralatan sukan. Guru PJ di sini sangat
positif terhadap tugas mereka. Namun begitu, guru menghadapi halangan intrapersonal murid
orang asli yang cepat bosan dengan aktiviti PJ yang dijalankan. Pelajar orang asli ini tidak
boleh lama memberi tumpuan bagi mengikuti sesuatu aktiviti kelas PJ dan mereka akhirnya
akan buat ikut kemahuan mereka. Halangan interpersonal yang kuat datang daripada rakan-
rakan sebaya dan sikap negatif dalaman. Sebahagian murid yang ponteng kelas, akan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 944

