Page 7 - MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.04/ 2020
P. 7
5. HAL-HAL LAIN
5.1 PK Kokurikulum memaklumkan akan menyerahkan semua insentif kepada atlet-atlet
yang bertanding sehingga ke peringkat MSSS dan MSSM iaitu masing-masing bernilai
RM 50 bagi peringkat MSSS dan RM 100 bagi peringkat MSSM. PK Kokurikulum
memaklumkan akan mengadakan penyampaian sijil dan insentif tersebut secara ringkas
kepada murid-murid yang terlibat pada minggu hadapan. PK Kokurikulum memohon
supaya guru kelas menyampaikan maklumat berkaitan penyampaian sijil dan insentif
tersebut kepada ibu bapa yang terlibat melalui sistem pesanan ringkas atau ‘whatsapp’
5.2 PK Kokurikulum turut memaklumkan bahawa Sijil Kokurikulum bagi tahun 2020 hanya
akan diserahkan kepada murid-murid Tahun 6 sahaja seperti yang telah dilaksanakan
pada tahun -tahun sebelum ini.
Tindakan : Guru kelas
6. PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus lumus
bagi menaikkan nama sekolah khususnya dalam bidang kokurikulum sepanjang tahun
2020.
6.2 Pengerusi turut berharap supaya semua guru dapat terus memberikan komitmen yang
baik bagi memastikan unit kokurikulum terus cemerlang di masa akan datang.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditanguhkan pada jam 12:30 tengah hari.
Urus Setia
Setiausaha Kokurikulum
SK Bukit Jelutong
Tarikh: 10 DISEMBER 2020
7

