Page 12 - Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat
P. 12
Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu
CONTOH KERTAS KERJA
1.0 PENDAHULUAN
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid
dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, pelakuan, ilmu
pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu
tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan
dalam bentuk latih tubi di luar waktu persekolahan sama ada di dalam atau di
luar kawasan sekolah.
2.0 TARIKH DICADANGKAN
Mengikut takwim sekolah.
3.0 MATLAMAT
Untuk memastikan semua peserta sasaran program ini dapat
menguasai asas fardhu ain terutamanya dalam bab wuduk dan
solat.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
4.2 Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat
dengan betul dan lancar.
4.3 Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara
bersendirian atau berjemaah.
5.0 SASAR AN
Semua murid Islam tahap satu.
6.0 TEMPAT
Mengikut kesesuaian sekolah
7.0 PERLAKSANAAN
Bermula jam 8.30 pagi – 1.30 petang(5 jam)
8.0 AJK PELAKSANA
Sila rujuk Lampiran A
9.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk Lampiran B
10

