Page 49 - Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat
P. 49
Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua
PANDUAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS)
TAHAP 2
1. PENDAHULUAN
Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan KBS dan cara pelaksanaannya.
2. TAKRIF
KBS adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat
menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini
dilaksanakan secara intensif di satu tempat khusus mengikut kesesuaian
sesebuah sekolah.
3. OBJEKTIF
3.1. TAHUN 4
3.1.1. Murid dapat mengetahui syarat wajib dan syarat sah solat.
3.1.2. Murid dapat melafazkan niat solat berjemaah.
3.1.3. Murid dapat melakukan cara solat berjemaah dengan sempurna.
3.1.4. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat
berjemaah.
3.1.5. Murid dapat membezakan antara makmum muafiq dan makmum
masbuk.
3.1.6. Murid dapat melakukan perlakuan makmum muafik dan makmum
masbuk.
3.2. TAHUN 5
3.2.1. Murid dapat mengetahui dan melakukan cara tayammum dengan
sempurna.
3.2.2. Murid dapat melaungkan azan dan melafazkan iqamat dengan betul.
3.2.3. Murid dapat menjawab azan dan iqamat dengan betul.
3.2.4. Murid dapat membaca dan menghafaz doa selepas azan dan iqamat
dengan betul.
3.2.5. Murid dapat mengetahui cara solat jumaat dengan sempurna.
3.3. TAHUN 6
3.3.1. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat jenazah dengan
sempurna.
3.3.2. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat sunat Aidil Fitri dengan
sempurna.
3.3.3. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat sunat Aidil Adha
dengan sempurna.
4. KUMPULAN SASARAN
Semua murid beragama Islam tahun 4 hingga tahun 6

