Page 56 - Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat
P. 56
Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Dua
KEM BESTARI SOLAT 2
LDK 1 – Tajuk: Solat Berjemaah
(Rujuk LDK 2 Kem Bestari Solat 1)
LDK 2 – Muafik dan Masbuk
MUAFIK
Pengertian:
Makmum yang sempat membaca surah al-Fatihah bersama imam sebelum rukuk
pada rakaat pertama.
Contoh:
1) Makmum sempat Takbiratul-ihram dengan imam.
2) Makmum sempat membaca surah al-Fatihah dengan imam.
3) Makmum sempat rukuk dengan imam.
MASBUK
Pengertian
Makmum yang tidak sempat membaca surah al-Fatihah bersama-sama imam.
Perhatian
1) Sekiranya makmum sempat Takbiratul-ihram dan tidak sempat menghabiskan
bacaan al-Fatihah, dia hendaklah rukuk mengikut imam dan dikira satu
rakaat.
2) Sekiranya imam sedang rukuk, makmum melakukan Takbiratul-ihram lalu
berdiri seketika dan terus rukuk dikira 1 rakaat. Bacaan surah Surah al-
Fatihah makmum tersebut ditanggung oleh imam.
Contoh: Makmum tidak sempat rukuk bersama imam.
LDK 3 – Amali solat
Perlakuan, bacaan dalam solat dan bacaan surah pilihan

