Page 8 - DUA-2042 SENI ISLAM (SENI LUKISAN)
P. 8

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad


                         Sallallahu



                         ‘alaihi wa sallam, keluarga dan para sahabat Rasulullah serta mereka yang beriman yang


                         berjuang menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini.






                         Allah mengurniakan manusia dengan akal dan pancaindera iaitu penglihatan,


                         pendengaran


                         serta perasaan. Tiap-tiap pancaindera ini mempunyai tugas dan naluri masing-masing.


                         Umpamanya naluri penglihatan yang ingin melihat sesuatu yang cantik dan naluri



                         pendengaran yang ingin mendengar sesuatu merdu dan berirama.






                         Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni seiring dengan kemajuan ilmu


                         pengetahuan.


                         Seni membuktikan manusia merasa tenang dan tenteram hati. Namun seni itu boleh


                         merosakkan kita jika kita menyimpang dari ajaran Islam dalam menghayati seni.






                         Menurut Al-Farabi seni adalah ciptaan yang berbentuk keindahan. Imam Al-Ghazali pula


                         berpendapat seni berkaitan dengan jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Tetapi



                         di


                         dalam agama Islam, penciptaan seni yang melampaui batas amat dilarang oleh Allah.


                         Oleh itu,


                         kami ingin membincangkan tentang seni lukisan dalam konteks ini.






                         Al-Quran menyatakan menyatakan mengenai lukisan atau menggambarkan bahawa itu


                         salah



                         satu perbuatan Allah s.w.t. Allah memberikan rupa indah kepada semua ciptaanNya,


                         terutama manusia. Firman Allah s.w.t :


                         “Dialah (Allah) yang memberi rupa kamu di dalam perut (ibumu) sebagaimana


                         dikehendakiNya” Surah Ali Imran ayat 6.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13