Page 23 - E KATALOG DIMENSI 100 RUANG DAN MASA
P. 23

D20172080584
                  MOHAMAD NAZREEN SHAH BIN
                  MUSTAFA

                                       Karya Aura.Pendita.Pendidik memperlihatkan
                                       aura tokoh-tokoh yang banyak memberikan
                                       sumbangan dalam bidang pendidikan bermula
                                       SITC sehingga kini. Mereka merupakan tokoh-
                                       tokoh yang telah banyak berjasa dan berkorban
                                       dalam memartabat serta memperkenalkan
                                       sistem pendidikan dalam kalangan orang
                                       Melayu.  Karya batik kontemporari ini unik
                                       dengan cantingan berlapis serta mampu
                                       memberi satu daya penarik yang tersendiri. Aura
                                       pendidik diekspresikan dengan olahan aura
                                       pendita yang pelbagai watak melalui karya ini.
                                       Pemilihan bahan-bahan dan teknik-teknik yang
                                       baru dalam karya ini bertujuan untuk
                                       menimbulkan nilai-nilai estetik berasaskan
                                       olahan dan inovasi dalam seni reka batik
                                       kontemporari serta selaras dengan tema Projek
                                       Tahun Akhir iaitu Dimensi 100 Tahun UPSI.




























                                                  AURA.PENDITA.PENDIDIK
                                                  5 X 3 KAKI
                                                  BATIK KONTEMPORARI
                                                                            23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28