Page 43 - E KATALOG DIMENSI 100 RUANG DAN MASA
P. 43
80608
NUR HANIM HIDAYAH ANUM
BT MOHD SALLEH
Dengan bertemakan ruang dan masa, pengkarya
memilih isu kajian iaitu kronologi bandar Tanjung
Malim sebelum SITC ditubuhkan. Sebelum tertubuhnya
SITC pekan Tanjung Malim tiada jauh bezanya dari
pekan -pekan lain di semenanjung tanah melayu.
Namun, sejak SITC ditubuhkan pada tahun 1922 nama
Tanjung Malim menjadi harum bukan sahaja di seluruh
pelusuk tanah air malah sehingga ke Brunei, Singapura
dan Indonesia. Bandar Tanjung Malim dikenali sebagai
bandar Pendidikan kerana ianya dipenuhi dengan
pelajar-pelajar SITC pada ketika itu. Selain itu, bandar
ini juga menjadi nadi kepada masyarakat dan generasi
seterusnya bagi warga bergelar pendidik. Akhir kata,
karya catan ini mengaplikasikan media campuran dan
menggunakan teknik reka bentuk industri, lukisan dan
tenunan.
BERBURU KE PADANG DATAR,
DAPAT ILMU TEMAN SEJATI
4 x 2 kaki
CATAN
MEDIA CAMPURAN
43

