Page 65 - E KATALOG DIMENSI 100 RUANG DAN MASA
P. 65
D20172080631
SITI AISHAH BINTI ABDULLAH
Karya ini merupakan satu karya ukiran kayu kontemporari
iaitu yang bertemakan “Al Manzil(Rahsia pelindung)”. Reka
bentuk pokok tersebut melambangkan isu kajian pengkarya
iaitu liku-liku kehidupan pengkarya sebagai mahasiswa di
Upsi. Pengkarya merupakan seorang pelajar mahasiswa yang
sentiasa mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan
dengan sihir. Dibahagian pokok tersebut terdapat beberapa
lubang yang dapat pengkarya gambarkan sebagai titik
permulaan bagi isu yang pengkarya ingin ketengahkan dan
pengkarya menggunakan teknik membakar pada bahagian
lubang tersebut. Selain itu, motif yang dihasilkan dalam
karya adalah bunga kemboja. Hal ini demikian, bunga
kemboja adalah simbolik kepada diri pengkarya.
AL MANZIL
3 X 4 KAKI
UKIRAN KAYU
KONTEMPORARI
65

