Page 54 - ICGE VIII - ABSTRACT BOOK UPDATED 22 NOV 2020
P. 54
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
TAHAP PENERIMAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN LUAR BANDAR TERHADAP PEMBELAJARAN DALAM
TALIAN
Law Hui Nong
(eddie_hnlaw@yahoo.com)
Abstrak
Sepanjang tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik
Covid-19, pembelajaran dalam talian menjadi satu tren yang baharu dalam sistem
pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan dan faktor-
faktor yang mempengaruhi penerimaan pembelajaran dalam talian dalam kalangan
pelajar di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Sarawak. Seramai 64 orang
pelajar daripada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang mengambil subjek kimia
dipilih dengan persampelan bertujuan. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri
daripada satu set soal selidik yang mengandungi 20 item soalan dan menggunakan
skala Likert. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang
merangkumi taburan frekuensi, min, sisihan piawai dan ujian-t dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 21.0 (SPSS 21.0). Dapatan
kajian menunjukkan bahawa para pelajar belum bersedia menerima pembelajaran
dalam talian. Faktor mudah guna juga mempunyai min skor yang lebih tinggi daripada
faktor tanggapan kebergunaan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada
perbezaan min yang signifikan tahap penerimaan pembelajaran dalam talian antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Kata kunci: pembelajaran dalam talian, Technology Acceptance Model, penerimaan
teknologi, tanggapan kebergunaan
52

